Wednesday, August 24, 2016

Korban Kemboja 2016

Penyertaan Korban Kemboja 2016 Akan Ditutup dalam Masa...  


 

"Dari Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah SWT dari menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada Hari Kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Diriwayatkan Imam Tirmizi dan Al-Hakim)

 
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.


Antara Hikmah Ibadah Korban
1: Menghidupkan sunnah nabi Ibrahim as
2: Mendekatkan diri kepada ALLAH dan mendidik jiwa ke arah taqwa yang sahih.
3: Menghapus dosa & mengharap redha ALLAH SWT
4: Mampu mengikis sifat tamak & melahirkan sifat murah hati.
5: Rasullah bersabda “Muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu meniti titian pada hari kiamat.”

Pada tahun 2016, harga untuk satu bahagian lembu adalah RM350, anda boleh memilih untuk menempah 1 bahagian atau beberapa bahagian lembu mengikut keperluan anda. Setiap bahagian boleh dinamakan dengan nama yang lain walaupun melalui satu tempahan sahaja. 


Harga untuk satu ekor lembu pula adalah
RM 2,450. Seekor lembu mempunyai tujuh bahagian, anda boleh menamakan setiap bahagian untuk individu yang berbeza jika perlu.
Jom Sertai Kami. Jangan Tunggu Lagi, Bertindaklah Sekarang! (^_^)v

Mudah dah cepat
Semua urusan tempahan dan bayaran boleh dilakukan di laman ini.
Sijil pengesahan
Pihak kami menyediakan sijil pengesahan untuk setiap tempahan yang dibuat (akan dihantar melalui EMEL sahaja)
Tuntutan Agama
Pihak kami cuba memudahkan urusan tuan/puan dalam melaksanakan urusan ini.

Dengan kerjasama


Update (Admin): Iman (Jubah Muslimah)
 WhatsApp 019-767-2123
*Panel Rakan Niaga Equrban